KANAK-KANAK menggunakan telefon bimbit untuk melihat gerhana matahari separa di lapangan helikopter Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
KANAK-KANAK menggunakan telefon bimbit untuk melihat gerhana matahari separa di lapangan helikopter Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Redzuan Muharam

Johor Bahru: Seramai 850 murid dan 66 guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Kangkar Pulai, Skudai berkumpul di dataran sekolah bagi melakukan solat sunat gerhana matahari pada 7.30 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada murid sesi pagi tahun empat hingga enam sekolah berkenaan.

Solat sunat dua rakaat itu diimamkan oleh Guru Pendidikan Islam, Ustaz Khairi Jabar.

Selesai solat, murid mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Saiful Fazilah Suratman sebelum mereka ke padang bagi menyaksikan kejadian gerhana dengan menggunakan filem dan air di dalam bekas.

Turut menyertai program solat hajat itu adalah Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 Jais Sudin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 1:20 PM