BAGASI bercorak inspirasi Jepun melatari koleksi TUMI bagi musim luruh dan dingin tahun ini.
BAGASI bercorak inspirasi Jepun melatari koleksi TUMI bagi musim luruh dan dingin tahun ini.
SEBAHAGIAN daripada koleksi beg tangan, sandang dan tote yang ditampilkan TUMI kali ini.
SEBAHAGIAN daripada koleksi beg tangan, sandang dan tote yang ditampilkan TUMI kali ini.
ANTARA rekaan beg tangan untuk kembara santai.
ANTARA rekaan beg tangan untuk kembara santai.
PENGGUNAAN material yang ringan namun kukuh dititikberatkan pada setial koleksi.
PENGGUNAAN material yang ringan namun kukuh dititikberatkan pada setial koleksi.
Nor Faizah Mohamed

Moden, anggun, teguh dan praktikal. Secara amnya, setiap ciri yang diperlukan pada sebuah beg kembara ada pada himpunan TUMI kali ini.

Bagi TUMI, beg kembara bukan sekadar bagasi biasa. Ia lebih menjurus kepada gaya hidup dan tanda pengenalan kepada personaliti diri si pemakai.

Beg dan bagasi moden juga tidak lagi sekadar keperluan kepada si pengguna, tapi sebagai tanda stail unik yang ditonjolkan jika kena pada gayanya.

Ternyata jenama bagasi dari Amerika Syarikat ini meletakkan pengalaman kembara sebagai inspirasinya lalu menggabungkan fesyen dengan keperluan menerusi ruang penyimpanan lebih besar bagi mengelak caj tambahan lebihan bagasi.

Kembara ke Jepun diangkat sebagai tema kali ini dengan pengaruh tradisi, fleksibiliti serta praktikaliti yang diamalkan di negara matahari terbit itu diguna pakai dalam keseluruhan himpunan musim luruh dan dingin ini.

Lorekan berus membentuk seni tulisan kanji Jepun diterjemahkan dalam bentuk corak moden pada beberapa rekaan bagasi dan beg antaranya koleksi Alpha Bravo, TegraLite dan Sinclair.

Seni tulisan berbentuk logo yang menjadi tunjang dalam kamus bahasa Jepun itu dipersembahkan dalam bentuk abstrak dan TUMI berusaha menzahirkan rekaan bersifat segar tanpa mengenepikan ciri sebenarnya.

Selain bagasi, corak menarik itu boleh dilihat dengan jelas pada beg tangan dan komputer riba Kirtland, Grissom serta Riley.

Bagi yang gemarkan gaya klasik, bagasi Alpha bersaiz kecil dan besar, juga dompet Tech, bekas simpanan kad Gusseted antara pilihan menarik.

Sementara itu, keindahan alam turut menjadi pilihan pada koleksi bagasi Astor, Tahle, V3 dan Voyageur.

Cetakan Fukuro - corak indah diilhamkan daripada warna bulu burung hantu Jepun - dipersembahkan pada beg kulit Osborne-4-Wheeled dan Dorilton Slim Flap dalam himpunan Astor.

Himpunan Tahoe pula terarah kepada ton semula jadi dan rona hutan khusus pada beg Linden, beg dufel Grove Day dan beg sandang Barton Roll Top.

Pada masa sama, TUMI menyediakan himpunan beg tangan, tote, beg genggam dan beg galas kasual untuk si pengembara muda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 5:01 AM