SEORANG pengundi mengisi nama Messi pada kertas undi.
SEORANG pengundi mengisi nama Messi pada kertas undi.

Washington: Bintang bola sepak Barcelona dan Argentina, Lionel Messi turut diundi dalam pilihan raya Amerika Syarikat yang menyaksikan Donald Trump akan menjadi presiden baru negara itu, kelmarin.

Seperti pilihan raya lalu, segelintir pengundi Amerika Syarikat akan bertindak luar dari kebiasaan dengan menulis nama orang yang dipilihnya.

Walaupun dibenarkan berbuat demikian dan tidak salah di sisi undang-undang, tetapi memilih Messi adalah satu kejutan.

Gambar kertas undi dengan nama Lionel Messi itu sudah viral di Internet walaupun secara teknikal adalah salah untuk menyiarkan imej kertas undi itu.

Selain itu, terdapat laporan menyatakan seekor gorilla, Harambe, yang mati tidak lama dulu juga mendapat kira-kira 11,000 undi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 11:14 AM