PELBAGAI aksi peserta pertandingan Mari Bercerita anjuran McDonald’s Malaysia pada tahun lalu.
PELBAGAI aksi peserta pertandingan Mari Bercerita anjuran McDonald’s Malaysia pada tahun lalu.
Faizatul Farlin Farush Khan


McDonald’s Malaysia baru-baru ini melancarkan pertandingan Mari Bercerita 2016 di peringkat kebangsaan, yang menawarkan jumlah hadiah sehingga RM70,000 termasuk percutian keluarga ke taman tema Warner Bros Movie World, Australia, sebagai hadiah utamanya.

Pertandingan yang dianjurkan sempena acara tahunan, Program Buku Happy Meal, itu memberi peluang kepada ibu bapa untuk menghantar penyertaan sehingga 26 Oktober lalu yang menunjukkan bakat anak mereka, menerusi Instagram dan mengesahkan penyertaan melalui laman web rasmi McDonald’s.

Acara itu yang dianjurkan dalam skala besar membabitkan penyertaan dari seluruh negara adalah yang pertama seumpamanya bagi McDonald’s Malaysia.

Menurut Pengarah Kanan Pemasaran dan Komunikasi McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai, pihaknya bangga dapat melancarkan Program Buku Happy Meal buat kali keempat, selari dengan misinya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti membaca dan bercerita.

“Tahun ini, program itu diadakan dalam skala lebih besar dan menarik berbanding sebelumnya kerana kami akan berkongsi bakat bercerita yang terpendam dalam kalangan kanak-kanak melalui pertandingan bercerita yang diadakan di seluruh negara.

“Sebagai sebuah restoran keluarga, kami sentiasa komited dalam menyediakan saat menggembirakan dan santai untuk dinikmati pelanggan, bukan saja melalui makanan tetapi juga pengalaman menyeluruh di McDonald’s.

“Dengan pelbagai aktiviti yang sudah disusun dan disasarkan pada keluarga di seluruh Malaysia sempena Program Buku Happy Meal, kami berharap ia akan dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dalam komuniti,” katanya.

Pada penghujung tempoh penghantaran penyertaan, semua video akan disiarkan dengan penyertaan yang sudah disenarai pendek dipilih untuk mempersembahkan cerita mereka secara langsung pada uji bakat yang diadakan di restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara.

Selain itu, peserta yang sudah disenarai pendek berpeluang merebut hadiah tambahan sekolah mereka dengan nilai sehingga RM5,000.

Pusingan akhir akan diadakan pada 3 Disember ini dengan butiran masa dan tempat diumumkan dalam masa terdekat.

Bagi maklumat lanjut mengenai pertandingan penceritaan, uji bakat secara langsung dan Program Buku Happy Meal, layari laman web McDonald’s di https://www.mcdonalds.com.my/storytellingcontest/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 5:26 AM