JANNA pertikai pihak timbulkan isu sedangkan penggambaran drama berkenaan dijalankan 3 bulan lalu.
JANNA pertikai pihak timbulkan isu sedangkan penggambaran drama berkenaan dijalankan 3 bulan lalu.

Bulan ini saja dua kisah sensasi membabitkan pelakon Janna Nick hangat diperkatakan.

Pertama dia didakwa menolak dan memperkecilkan lakonan pelakon kanak-kanak Puteri Balqish di lokasi penggambaran dan kedua, Janna dikatakan tidak hadir ke rakaman program Ye Ke?

Bagaimanapun, Janna, 21, mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan sebarang spekulasi lain.

“Saya percaya selagi berada dalam industri hiburan, pelbagai cerita yang timbul. Jadi saya tak nak ambil peduli lagi apa saja yang orang sekeliling perkatakan. Sama ada orang bercakap mengenai perangai atau memang orang tidak menyukai saya.

“Apabila timbul dua isu itu, saya sengaja berdiam diri. Lama-kelamaan kebenaran itu akan keluar tanpa perlu saya perjelaskan. Bukan apa, sekiranya saya menafikan apa yang berlaku orang tetap bercakap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 7:55 AM