TERTUDUH (dua kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen. FOTO Farizul Hafiz Awang
TERTUDUH (dua kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen. FOTO Farizul Hafiz Awang
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Penyelia syarikat pasir dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini selepas mengaku bersalah merasuah anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Isnin lalu.

Tertuduh Toong Soo Hing, 58, mengaku bersalah di hadapan hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof selepas didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pintasan Mentakab-Temerloh, Temerloh.

Mengikut pendakwaan kes, Toong memberikan rasuah sebanyak RM400 kepada pembantu penguatkuasa Unit Pasukan Tindakan Khas JPJ Putrajaya sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas empat lori di bawah seliaannya yang membawa muatan pasir berlebihan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 11:26 AM