Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, membenarkan permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Iman, Ahad lalu.

Tempoh reman berkenaan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan penuh terhadap suspek berusia 29 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Semalam, polis memberkas suspek berkenaan berhampiran Jalan Jeram,Kampung Petai Bubus, Manir, di sini, 12.30 tengah hari.

Suspek sebelum itu dipercayai menikam Mohd Shukri Husin, 34, sebanyak enam kali menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Tragedi berkenaan berlaku apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat agama Islam di sini untuk menyemak status perkahwinan suspek yang juga dikatakan bakal adik iparnya.

Berita berkaitan:

Dapat juga akhirnya....

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia....

Kasih abang sampai hujung nyawa

Duka yang mencengkam

Maut ditikam bakal adik ipar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 12:35 PM
SUSPEK dibawa ke Mahkamah bagi mendapat tahanan reman. FOTO Aswadi Alias
SUSPEK dibawa ke Mahkamah bagi mendapat tahanan reman. FOTO Aswadi Alias