PEMANDU bas ekspress (tengah) disambung reman tiga hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
PEMANDU bas ekspress (tengah) disambung reman tiga hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang pemandu bas berusia 26 tahun yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres dengan treler muatan papan lapis di Kilometer 124, Batu 14 Jalan Jeli-Grik Jumaat lalu dilanjutkan reman selama tiga hari lagi bermula esok sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Amni Mat Jahari kepada suspek.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya1952 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan itu pada 1.30 pagi Jumaat lalu menyebabkan empat penumpang maut manakala 26 penumpang lain cedera.

Susulan kejadian itu, pemandu utama bas ditahan reman selama empat hari dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Berita berkaitan

Penantian berakhir khabar duka: http://bit.ly/1PooNIT

Jenazah Nur Afiqah selamat dikebumikan [METROTV]: http://bit.ly/1PogjBw

Kali pertama yang amat memilukan: http://bit.ly/1PnfUNX

Pemandu bas ekspres positif syabu: http://bit.ly/1Vg6arg

4 maut, 26 cedera: http://bit.ly/1mCJGVF

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 12:12 PM