Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Wakaf Mek Zainab, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Wakaf Mek Zainab, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Rumah kayu dua tingkat di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini musnah dalam kebakaran pada 4.20 petang, hari ini.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Shamsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.34 petang dan seramai 20 anggota bomba ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati api marak, namun kita berjaya mengawal api dan menyelamatkan dua rumah yang berada di kiri dan kanan rumah terbabit.

"Anggota bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengawal kebakaran”€ katanya ketika di temui di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 7:44 PM