KETUA Kampung Parit Tengah, Muar, Sarman Othman (dua kanan) bersama Ahli Jawatan Kuasa Kampung menunjukkan piala johan dan replika cek. FOTO Aizuddin Saad
KETUA Kampung Parit Tengah, Muar, Sarman Othman (dua kanan) bersama Ahli Jawatan Kuasa Kampung menunjukkan piala johan dan replika cek. FOTO Aizuddin Saad
Hairulazim Mahmud


Serdang: Kampung Parit Tengah, Muar, Johor dinobatkan sebagai johan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan Kategori Kampung Tradisional dengan meraih hadiah bernilai RM700,000.

Kampung berkenaan menerima RM 50,000 wang tunai dan projek bernilai RM650,000.

Kategori Rumah Panjang pula dimenangi Rumah Bihai, Mukah, Sarawak yang membawa pulang hadiah bernilai RM150,000.

Bagi Kategori Kampung Orang Asli dimenangi oleh Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang, Selangor yang memperoleh hadiah bernilai RM320,000.

Manakala Kategori Kampung Baru Cina dibolot oleh Kampung Baru Kangsar Bahru, Batu Pahat, Johor yang mendapat hadiah bernilai RM 525,000.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini.

Sebanyak 581 kampung mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan tahun lalu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 7:28 PM