500 Orang Asli hidup tak tenteram berjiran ladang ayam.
500 Orang Asli hidup tak tenteram berjiran ladang ayam.
Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: “Kehidupan kami tidak tenteram, bayangkan hendak makan pun terpaksa berebut dengan lalat,” kata Tok Batin Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Othman Abdullah berhubung masalah lalat yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Masalah serangga yang dihadapi lebih 500 penduduk kampung itu dipercayai berlarutan sejak 30 tahun lalu serta didakwa berpunca dari ladang ternakan ayam di kampung berkenaan.

Othman mendakwa, penduduk melaksanakan pelbagai usaha termasuk mengutarakan masalah itu kepada pihak berwajib, namun tiada jalan penyelesaian.

“Dalam masa setahun, empat kali penduduk berdepan dengan ‘serangan’ lalat, malah masalah ini turut menyebabkan punca rezeki penduduk yang berniaga makanan terjejas.

“Pelanggan enggan datang ke kedai kerana bimbang kesihatan terganggu jika lalat hurung makanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 6:57 AM