PEMAIN pasukan Kampung Bukit Ibam Muadzam Shah meraikan kejayaan muncul juara.
PEMAIN pasukan Kampung Bukit Ibam Muadzam Shah meraikan kejayaan muncul juara.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Aksi bersemangat dipamerkan pemain menjadi kelebihan pasukan Kampung Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin untuk muncul juara Kejohanan Futsal Belia Orang Asli Pahang di Kuantan Futsal Centre Indera Mahkota, di sini, baru-baru ii.

Pada saingan akhir pasukan berkenaan menewaskan Peach United dari Kampung Pos Iskandar Bera 3-2 untuk membawa pulang RM1,500, piala pusingan, medal dan hamper.

Pos Iskandar Bera yang muncul naib juara meraih RM1,000, medal dan hamper, manakala Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands dan Pos Buntu FC Raub yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat membawa pulang RM500 serta RM300.

Kejohanan anjuran Persatuan Belia Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang (JAKOA) menarik penyertaan 31 pasukan belia Orang Asli dari seluruh negeri.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain.

Turut hadir Pengarah JAKOA Pahang Isa Hamid dan Pengerusi Persatuan Belia Kampung Orang Asli Bukit Bangkong Ir Mahat Mat Dong.

“Saya berpuas hati dengan sambutan diterima kejohanan kali ini yang membabitkan 31 pasukan,” kata Mahat sambil memberitahu pelbagai program motivasi turut diadakan untuk pelajar Orang Asli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 1:53 PM