ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memindahkan penduduk Kampung Mulong, Kota Bharu, selepas kawasan itu dilanda banjir. FOTO Bernama
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memindahkan penduduk Kampung Mulong, Kota Bharu, selepas kawasan itu dilanda banjir. FOTO Bernama
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,144 mangsa sehingga 1 petang berbanding 4,128 mangsa jam 10 pagi tadi.

Menurut portal ebanjir Kelantan semua mangsa banjir ditempatkan di 69 pusat pemindahan banjir.

Jajahan terbaru adalah jajahan Tumpat yang dinaiki air memaksa 48 mangsa dimembabitkan 13 keluarga di dua pusat pemindahan banjir.

Tanah Merah menjadi jajahan tertinggi apabila merekodkan 1,291 mangsa diikuti Pasir Mas 1,236 mangsa.

Sementara itu, tujuh laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/ Kuala Nal, Kuala Krai, KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang, KM45 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Pasir Puteh dan KM3 Jalan Pengkalan Rakit, Pasir Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 1:43 PM