SKUAD negara miliki banyak masa bina keserasian sebelum Piala AFF.
SKUAD negara miliki banyak masa bina keserasian sebelum Piala AFF.
Oleh Aziman Rosdi.

[email protected].

Kuala Lumpur: Jurulatih Dollah Salleh menyifatkan lebih 'beruntung' meskipun perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya dengan Filipina pada 8 November dibatalkan.

Aksi menentang Filipina itu pada mulanya sebagai pengganti Jordan yang menarik diri pada 11 Oktober lalu, namun atas sebab tertentu skuad Azkals pula tidak dapat memenuhi permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun Dollah, 50, yang sudah menyenaraikan 25 pemain bagi sesi latihan pusat untuk menghadapi perlawanan itu menganggap pembatalan perlawanan dengan Filipina itu tidak menjejaskan persiapannya membentuk pasukan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF di Singapura November ini.

"Saya sebenarnya lebih beruntung kerana tanpa perlawanan itu, saya mendapat lebih masa melatih pemain. Saya dapat fokus kepada sesi latihan, taktikal dan strategi bersama skuad kebangsaan dan perkara itu lebih penting bagi saya," katanya yang dilantik selaku jurulatih 1 Julai lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 5:15 AM