DR Yuserrie (kiri) bersama Juliza melihat laporan muka depan akhbar Harian Metro, semalam.
DR Yuserrie (kiri) bersama Juliza melihat laporan muka depan akhbar Harian Metro, semalam.
Ainal Marhaton Abd Ghani


Kuantan: Universiti Malaysia Pahang (UMP) tetap memberi peluang kepada pelajarnya yang juga pesakit asma kronik, Juliza Ameruddin, 31, untuk menyambung pengajiannya yang tertangguh sejak enam tahun lalu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, peluang itu diberikan kerana universiti sudah dimaklumkan mengenai penyakit yang dialaminya dan tidak berhasrat menyekatnya untuk teruskan pengajian.

Menurutnya, pihak universiti juga tidak memberi sebarang tekanan dalam urusan pembelajarannya walaupun masih banyak subjek yang perlu dihabiskan.

“Kita akan bantu dia dari semasa ke semasa sama ada dari segi rawatan kesihatan, perubatan dan kewangan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui sewaktu melawat Juliza di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Dr Yuserrie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berkaitan Juliza yang menangguhkan pengajiannya selama enam tahun kerana menghidap asma kronik seperti disiarkan di muka depan akhbar ini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 8:39 AM