LEAD berperanan memperkasakan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
LEAD berperanan memperkasakan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Suliati Asri

Sebahagian daripada usaha menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan dalam kalangan warga kampus terutamanya pelajar serta alumninya, Management and Science University (MSU) melalui Leadership & Entrepreneurship Advancement Institute (LEAD) menyediakan platform JUMPSTART sebagai sokongan serta pelengkap kepada ekosistem keusahawanan.

LEAD berperanan penting dan signifikan dalam memperkasakan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dan alumni.

Ia juga bertanggungjawab memberikan pendedahan meluas kepada pelajar mengenai kaedah dan praktikal.

Bagi program JUMPSTART pula, ia berperanan untuk menyokong warga MSU yang ingin menceburi bidang keusahawanan atau mengembangkan perniagaan sedia ada seterusnya menjadi pencipta peluang pekerjaan.

Menariknya, usahawan muda ini akan dibantu secara menyeluruh dalam pelbagai aspek perniagaan seperti pembangunan modul perniagaan, pendaftaran perniagaan, pemasaran (dalam talian dan media sosial), pengurusan kewangan dan perakaunan, pengurusan cukai individu dan korporat.

Kemudahan lain termasuk sesi jalinan perniagaan, perkongsian pengetahuan serta bimbingan turut disediakan.

Selain itu, peserta JUMPSTART turut memperoleh akses kemudahan dana bantuan, khidmat nasihat perniagaan, akses kepada ruang niaga di MSU melalui inisiatif program

(JUMPSHOP), penggunaan ruang inkubator dan bilik mesyuarat, lawatan industri serta sesi perkongsian pintar bersama usahawan terkemuka.

Usaha dan komitmen MSU mewujudkan ekosistem keusahawanan dalam kalangan warga kampus melayakkan universiti itu meraih pelbagai pengiktirafan termasuk

Lifetime Achievement in Entrepreneurship in ACEEU Asia-Pacific Triple-E Entrepreneurship Awards 2020, senarai akhir kategori Entrepreneurial University of the Year dan

Student-Driven Sustainability Project of the Year in ACEEU Asia-Pacific Triple-E Entrepreneurship Awards 2020, SME Entrepreneurship Business Awards (SEBA) 2019 Education Entrepreneur of the Year dan Entrepreneur of the Year in the Education Industry by Enterprise Asia, 2017.

Selain itu, MSU juga adalah universiti pertama di Asia diiktiraf Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) dari Belanda serta dinobatkan sebagai Most Entreprenuerial Private University (MEA) 2016, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 6:25 AM