MAJLIS berkenaan turut dihadiri rakan dan anggota keluarga pasangan pengantin yang juga terperangkap dalam terowong itu. Gambar kecil, pengantin perempuan berpakaian tradisional bersama suami dan keluarganya. FOTO People's Daily Online/Jin Zhou Ling Shi

Agensi

Beijing: Sepasang pengantin yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas mengadakan upacara perkahwinan mereka di dalam terowong semata-mata mahu mereka dirasmikan sebagai suami isteri pada waktu yang bertuah.

Pasangan pengantin itu merancang mengadakan majlis perkahwinan diikuti jamuan makan pada jam 12 tengah hari yang dianggap waktu bertuah untuk mereka, lapor Huanqiu.

Bagaimanapun, mereka terperangkap di dalam terowong di Ankang bersama 40 rakan dan saudara-mara disebabkan kemalangan jalan raya.

Sebelum itu, pengantin lelaki terbabit keluar pada jam 5 pagi untuk mengiringi bakal isterinya ke lokasi majlis perkahwinan.

Pada mulanya mereka menyangka sempat sampai ke tempat berkenaan sebelum jam 12 tengah hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 7:59 AM