XU Fuhai (tengah) mungkin lelaki paling tinggi di China ketika ini.
XU Fuhai (tengah) mungkin lelaki paling tinggi di China ketika ini.
Agensi

Shandong (China): Xu Fuhai, 26, antara lelaki paling tinggi di China akan menjalani pembedahan dengan harapan dia boleh berjalan sendiri dengan menggunakan dua kakinya.

Lelaki berkenaan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan sejak berusia belasan tahun selepas cedera, menurut laporan portal berita Huanqiu.

Bagaimanapun, selepas menderita selama hampir 10 tahun, Xu yang setinggi 241.3 sentimeter dan menetap di kawasan pedalamaan di Shandong, wilayah di timur China, baru-baru ini ditawarkan harapan untuk menjalani kehidupan baru.

Menurut laporan portal berita on.cc, ketinggian Xu tahun lalu ialah 233.7 sentimeter tetapi ia bertambah 7.6 sentimeter dalam masa setahun, menjadikan ketinggiannya ketika ini 241.3 sentimeter.

Ini bermakna dia lebih tinggi berbanding Bao Xishun yang diiktiraf secara rasmi sebagai lelaki paling tinggi di China dengan ketinggian 233.7 sentimeter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 6:19 AM