WANITA itu dilihat menari selepas melanggar lelaki berkenaan sehingga mati. FOTO Weibo.
WANITA itu dilihat menari selepas melanggar lelaki berkenaan sehingga mati. FOTO Weibo.
Agensi

Beijing: Seorang wanita dirakam menari mengelilingi mayat lelaki yang baru dilanggarnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jining, wilayah Shandong pada 10 Ogos lalu, lapor akhbar atas talian Huanqiu.

Pemandu yang tidak dikenal pasti identitinya itu juga sudah ditangkap polis dan kejadian itu sudah mula disiasat.

Menurut laporan, wanita berkenaan memandu laju dan sengaja merempuh mangsa. Saksi mendakwa mangsa tercampak ke udara sebelum jatuh di atas bonet kereta putih dipandu suspek.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 8:03 AM