FOTO Syafiq Ambak
FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Berang: Remaja lelaki yang hilang ketika mandi bersama rakannya di Sungai Terengganu, dekat Kampung Getang, di sini, semalam, ditemui lemas pada 6.33 petang ini.

Arwah Abd Hadi Abd Ghani, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, Kuala Terengganu, ditemui kira-kira 70 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Rakannya, Allahyarham Muhammad Atiqullah Idris, 14, ditemui lemas pada 7.19 petang semalam.

Jasad arwah Muhammad Atiqullah ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke sungai itu bersama enam lagi rakan mereka selepas berjumpa di majlis perkahwinan di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang, pada 4.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar, berkata operasi ditutup sepenuhnya pada kira-kira 7 malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 8:47 PM