Tengku Abdullah. FOTO NSTP
Tengku Abdullah. FOTO NSTP
Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyerahkan mandat kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk mengadakan pemilihan pada kongres ke-53 tahun depan.

Tengku Abdullah berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah pada Kongres Tahunan FAM ke-52 di sini, hari ini.

Sebelum ini Mesyuarat Exco pada 15 Ogos bersetuju untuk mempercepatkan pemilihan baru tahun depan yang sepatutnya berlangsung pada 2018.

Keputusan itu dibuat sebagai tanda kesepakatan kesemua ahli Exco susulan hasrat Tengku Abdullah yang mahu melepaskan jawatan yang disandang sejak Mei 2014.

Bagaimanapun tarikh Kongres Pemilihan FAM itu akan diputuskan pada mesyuarat Exco FAM bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2016 @ 2:40 PM