IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Rumah dan dua kenderaan rosak teruk dalam kejadian ribut di Kampung Pulau Kundur, di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian pada 6.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.45 petang.

"Pegawai Bomba Kanan II, Che Mazlan Mohamed mengetuai operasi bersama enam anggota, dengan kekuatan sebuah jentera.

"Anggota bertindak memotong pokok menggunakan dua gergaji berantai dan dibantu penduduk kampung. Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 8 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2016 @ 10:48 AM