AHMAD Shabery (tengah) merasmikan Pelancaran Kempen 99 Hari Menjelang MAHA 2016
AHMAD Shabery (tengah) merasmikan Pelancaran Kempen 99 Hari Menjelang MAHA 2016
ANAK ayam diberikan kepada orang ramai sempena Road To MAHA peringkat Zon Selatan, di Batu Pahat, Johor.
ANAK ayam diberikan kepada orang ramai sempena Road To MAHA peringkat Zon Selatan, di Batu Pahat, Johor.
AHMAD Shabery di gerai buah sempena Road To MAHA 2016 Zon Timur di MARDI Cherating, Pahang
AHMAD Shabery di gerai buah sempena Road To MAHA 2016 Zon Timur di MARDI Cherating, Pahang
ORANG ramai mengambil buah-buahan sempena Road To MAHA peringkat Zon Selatan, di Batu Pahat, Johor.
ORANG ramai mengambil buah-buahan sempena Road To MAHA peringkat Zon Selatan, di Batu Pahat, Johor.
Mohamad Hussin


Kempen publisiti 99 hari menjelang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA 2016) terus mendapat sambutan menggalakkan.

MAHA 2016 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada 1 hingga 12 Disember depan.

Setakat ini, kira-kira 90 peratus daripada 1,500 gerai ditawarkan sudah ditempah penggiat industri pertanian dan berkaitan pertanian tempatan termasuk antarabangsa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, MAHA 2016 dijangka menarik lebih daripada 3.5 juta pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata, orang ramai yang mengunjungi MAHA 2016 bakal menikmati kemudahan terbaik yang ditawarkan industri pertanian dan makanan Malaysia.

“Ia termasuk hasil pertanian segar, hidangan popular, buahan tempatan dan eksotik serta menyelami pengalaman pertanian di pelbagai laman disediakan.

“Setakat ini, 18 negara termasuk Fiji, Korea, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Ecuador, Pakistan, Bangladesh, Algeria, Australia, Iran, Sepanyol, Kanada, China, Thailand, Vietnam, Jepun dan Tunisia mengesahkan penyertaan MAHA 2016.

“Pameran terbesar di rantau ini mempamerkan pertanian dan industri asas tani (IAT) membabitkan semua komponen berbeza dalam industri yang pesat berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran kempen publisiti 99 hari menjelang MAHA 2016 di MAEPS, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Pengerusi MAEPS Datuk Dr Mohamad Satim Diman dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Sharif Haron.

Ahmad Shabery berkata, MAHA 2016 juga sudah mendapat penajaan hampir RM5 juta daripada rakan kongsi acara (rakan kerjasama) dan berharap boleh mencapai RM10 juta berdasarkan sambutan daripada penaja yang berpotensi.

“Dengan penyertaan yang kukuh daripada sektor swasta tahun ini, MAHA 2016 boleh dipertingkatkan dengan aktiviti dan acara yang lebih menarik.

“MAHA 2016 yang bertemakan #OurFoodOurFuture dijangka menyediakan pelbagai ruang untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama dan pemindahan teknologi.

“Ia juga sebagai platform yang ideal untuk menbangunkan pasaran import dan eksport, melancarkan produk, perkhidmatan baru dan inovatif,” katanya.

Menurutnya, acara terbesar itu juga membentuk pakatan antarabangsa dan membina perkongsian strategik bagi meningkatkan daya saing pasaran.

“Sebagai pendukung utama kedaulatan makanan dan keselamatan makanan negara, pertanian masih diberi tumpuan kerajaan untuk digalakkan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

“Antara acara kemuncak MAHA 2016 ialah tumpuan bersepadu kepada agro pelancongan, agroperdagangan dan agro gaya hidup.

“Ia membabitkan inovasi terkini dan kemajuan teknologi. Malah, peningkatan 30 peratus pembabitan belia keusahawanan melalui Belia Tani,” katanya.

Beliau berkata, antara tarikan terbaru MAHA 2016 ialah Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja.

Mereka yang berminat untuk menyertai MAHA 2016 boleh menghubungi Sekretariat MAHA 2016 di talian 03-89382494 atau e-mel di [email protected] ataupun layari laman web www.maha.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 11:09 AM