PAMERAN burung merpati hias dari baka 'Norwich Copper Pigeon' di Laman Ternakan sempena MAHA 2016 di MAEPS, Serdang. FOTO Rosela Ismail
PAMERAN burung merpati hias dari baka 'Norwich Copper Pigeon' di Laman Ternakan sempena MAHA 2016 di MAEPS, Serdang. FOTO Rosela Ismail
Nor 'Asyikin Mat Hayin


Serdang: Tapak MAHA di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) bakal dijadikan Pusat Agro Pelancongan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pusat itu akan mengumpul dan memasarkan pelbagai produk hasil pertanian dan IKS tempatan dan luar negara.

"Ini secara tidak langsung dapat membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya berharap selepas pelancaran Transformasi Nasional 50 (TN50), negara akan mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk 50 juta penduduk dan lebihannya boleh di eksport," katanya ketika berucap pada Perasmian Penutup MAHA 2016, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek.

MAHA 2016 yang berlangsung 11 hari bermula 1 Disember lalu, melabuhkan tirainya hari ini.

Dalam pada itu, beliau menganggap penganjuran MAHA 2016 adalah paling berjaya kerana catat pengunjung dan penyertaan peserta paling ramai.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menawarkan diri menjadi Pengerusi Penyelaras MAHA akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 1:28 PM