WAN Sharmila terima dengan hati terbuka andai ditakdirkan jodoh dengan warga asing.
WAN Sharmila terima dengan hati terbuka andai ditakdirkan jodoh dengan warga asing.
Najiy Jefri


Setiap insan berhak dicintai dan mencintai kerana perasaan yang wujud itu anugerah terindah kurniaan Tuhan. Tidak ada seorang pun dapat menghalang atau menoktahkan rasa itu kecuali jantung berhenti berdegup.

Bagaimanapun, bukan semua mendapat kesempatan kedua untuk kembali merasai nikmat cinta sejati. Itulah yang dilalui pelakon Wan Sharmila apabila sudah hampir tujuh tahun hidup sendirian.

Siapa sangka ketika wanita ini rancak mengembangkan karier seninya, timbul dakwaan dia kini hangat bercinta dengan lelaki warga asing.

Mana tidaknya, kerap bercuti ke luar negara dan akaun Instagram miliknya digodam warga asing Jun lalu seakan-akan mengiakan khabar angin itu sehingga menjadi bualan ramai.

Malah ada dakwaan, kehadiran Wan Sharmila ke Kota Singa baru-baru ini adalah untuk bertemu kekasih hati apabila dia dilihat menghabiskan masa bersama jejaka tidak dikenali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 5:05 AM