Shuib dan anaknya
Shuib dan anaknya
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan popular, Shuib mendedahkan sedang mengenali hati budi seseorang.

Shuib bagaimanapun belum bersedia untuk bercerita soal jodoh dan perkahwinan kerana mereka masih dalam proses berkenalan.

"Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah.

"Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.

"Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja," katanya pada program Melodi yang bersiaran di TV3 semalam. 

Menurut Shuib, wanita yang sedang dikenali bukan dalam kalangan industri seni.

"Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya," katanya.

Sebelum ini, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila.

Namun, bekas penyampai Hot FM itu menjelaskan dua selebriti popular itu hanya sekadar rakan industri sahaja.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 6:24 PM