Mohamad Fahd Rahmat


Kota Tinggi: Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan rogol ke atas anak tirinya berusia 12 tahun.

Tertuduh, 38, didakwa melakukan perbuatan merogol atau persetubuhan dengan kanak-kanak itu di rumah di sini, Mei lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan bersalah.

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Mazana Sinin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Noor Dayana Mohamad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, dalam pertuduhan berlainan, tertuduh mengaku bersalah memasukkan jari ke dalam faraj kanak-kanak berkenaan tanpa kebenarannya pada 12.30 malam dalam bilik tidur di rumah sama April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 2:02 PM