KEADAAN van yang terbakar. FOTO Rosli Ahmad
KEADAAN van yang terbakar. FOTO Rosli Ahmad
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Pemandu lelaki terselamat selepas van dinaiki terbakar di Lebuhraya Utara Selatan selepas susur keluar Sungai Dua menghala Seberang Jaya di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, van itu terbakar namun nasib menyebelahi pemandunya apabila berjaya menyelamatkan diri.

Saksi kejadian berkata, dia sedang memandu dalam keadaan hujan lebat ketika itu sebelum ternampak van berkenaan terbakar.

"Saya tidak nampak pemandu atau penumpang di dalam van kerana ketika itu bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

"Van itu separuh terbakar namun bersyukur tiada yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 10:01 AM