Anggota bomba memadam sisa kebakaran rumah di Kampung Balai Besar, petang tadi. FOTO Rosli Ilham
Anggota bomba memadam sisa kebakaran rumah di Kampung Balai Besar, petang tadi. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Rumah didiami seorang warga emas hangus dalam kebakaran di Kampung Balai Besar di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang itu pemilik kediaman terbabit, Ismail Hasaan, 61, tiada di rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 6.39 petang.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bomba kemudiannya bergegas ke lokasi dibantu enam anggota serta sebuah lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka.

Katanya, setibanya di lokasi didapati api sedang marak dan hampir memusnahkan keseluruhan rumah terbabit.

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:53 PM