ANGGOTA  bomba memeriksa keadaan rumah selepas berjaya mengawal kebakaran. FOTO Rosli Ilham
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan rumah selepas berjaya mengawal kebakaran. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Wanita warga emas terpaksa mengheret dua cucu keluar rumah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran di Kampung Alur Tembesu di sini, hari ini.

Che Khatijah Embong, 67, berkata, kejadian itu berlaku 3.30 petang ketika dia bersama seorang anak dan dua cucu yang kedua-duanya berusia tiga tahun berada di dalam rumah terbabit.

"Saya berada di dapur dan bau hangit api tak tahu dari mana puncanya. Sebaik menoleh ke ruang tamu, saya lihat api sudah besar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut warga emas itu, dia terpaksa mengheret dua cucunya sambil menjerit kepada anaknya yang berada di dalam bilik untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohammad berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 3.44 petang dan sembilan anggota serta empat jentera dari Balai Bomba Dungun dikejarkan ke lokasi sambil dibantu lima lagi anggota dari Balai Bomba Paka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 8:56 PM