MANGSA lemas di sungai Kampung Poturidong Baru, Kiulu, Tamparuli. FOTO Recqueal Raimi
MANGSA lemas di sungai Kampung Poturidong Baru, Kiulu, Tamparuli. FOTO Recqueal Raimi
Junaidi Ladjana

Tamparuli: Lelaki ditemui lemas di sungai Kampung Poturidong Baru, Kiulu, dekat sini, hari ini.

Mangsa John Gapil, 51, ditemui oleh orang ramai pada3.50 petang, sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Kiulu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.58 petang dan sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba mangsa sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Kiulu oleh orang awam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Kiulu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 7:44 PM