TUARAN 02 JANUARI 2019. Pasangan kembar tidak seiras, Daeng Sayang Hasnah Abdullah (kiri) bersama adiknya, Daeng Cinta Jamaliah Abdullah ketika hadir pada hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, Tuaran. STR/RECQUEAL RAIMI.

Recqueal Raimi

KEHADIRAN murid kembar tidak seiras dikenali dengan nama Sayang dan Cinta, mencuri perhatian ibu bapa dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, Tuaran, pada hari pertama persekolahan 2018, hari ini.

Pasangan kembar itu yang juga nama sebenar mereka ialah Daeng Sayang Hasnah Abdullah, 7, serta adiknya, Daeng Cinta Jamaliah Abdullah, 7, menetap di Kampung Logkou Lama, Kiulu.

Ketika ditemui NSTP, Sayang berkata, dia dan adik kembarnya, Cinta dihantar oleh ibu dan bapa mereka ke sekolah berkenaan.

“Pada awalnya, saya dan adik saya gementar, namun ada abang kami, Daeng Aliff Armizi Abdullah, 11, yang turut belajar di sekolah sama.

“Disebabkan kami kembar, ramai daripada kelas lain turut mahu berkenalan,” katanya menambah dia dan adiknya belajar di kelas yang sama.

Sementara itu, Guru besar SK Pekan Kiulu, Lukish Limban berkata, kehadiran pasangan kembar di sekolah itu pada kali terakhir adalah pada tahun 2013.

“Kami semua (warga sekolah) turut gembira apatah lagi nama mereka iaitu Sayang dan Cinta, yang membuatkan semua di sini terhibur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 2:03 PM