DAYANA.
DAYANA.
Ramlah Zainal

Namanya mula meniti di bibir peminat selepas berlakon drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di Slot Dahlia TV3 tidak lama dulu. Ternyata gandingan mantapnya dengan pelakon Shukri Yahya merealisasikan watak Ainin Sofiya dan Ziyad terus diingati penonton sampai hari ini.

Malah, ramai penerbit dan pengarah drama yang mula membuka mata dengan bakat pelakon yang digilap daripada program realiti Anak Wayang ini. Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin yang sudah tujuh tahun berkecimpung dalam bidang lakonan bersyukur dengan apa yang dikecapi hari ini.

“Alhamdulillah, selepas berlakon dalam drama Asam Pedas Untuk Dia, ramai yang mula nampak bakat saya dalam bidang seni. Walaupun nama tidak naik secara mendadak, karier seni saya ada peningkatan setiap tahun.

“Dalam tempoh tujuh tahun berlakon, ia mengajar saya untuk menjadi pelakon yang baik. Saya juga baru habis kontrak dengan pengurusan dan buat masa ini lebih selesa bergerak sendiri menguruskan karier seni,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 7:35 AM