Ahmad Yakob bersama Tengku Azmi, (dua kanan) dan Md Alwi (tiga kanan, bersongkok) berlatarbelakangkan Tugu Peringatan Banjir yang dirasmikannnya berdekatan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai. FOTO Fathil Asri
Ahmad Yakob bersama Tengku Azmi, (dua kanan) dan Md Alwi (tiga kanan, bersongkok) berlatarbelakangkan Tugu Peringatan Banjir yang dirasmikannnya berdekatan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai. FOTO Fathil Asri
Siti Nadzirah Che Mud

Kuala Krai: Kerajaan negeri mengambil inisiatif membina tugu memperingati bah kuning Kuala Krai 2014 sekali gus menjadi mercu tanda sejarah khususnya kepada penduduk jajahan Kuala Krai di sini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, tugu yang dibina di Guchil itu juga dijadikan sebagai produk pelancongan yang akan menceritakan kesusahan penduduk jajahan ini ketika menghadapi bencana banjir yang terbesar dalam sejarah di negeri ini.

"Pembinaan tugu ini diharap menjadi satu kenangan peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai bah kuning untuk selama-lamanya.

"Tugu ini juga menjadi lambang kerjasama semua pihak dan bukti keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu rakyat Kelantan ketika menghadapi musibah itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, di Guchil, di sini, tadi

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad, ADUN Manik Urai Mohd Fauzi Abdullah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Tengku Azmi Tengku Jaafar dan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJTM), Datuk Ahmad Fauzi Nordin.

Tugu bernilai RM60,000 itu dibina oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bersama Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (RISM) dengan pembiayaan sumbangan LJTM dan Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama MDKK.

Keterangan dalam gambar

1- Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, di Guchil, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 7:31 PM