Kanak-kanak mangsa banjir melakukan aktiviti mewarna yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Krai. FOTO Fathil Asri
Kanak-kanak mangsa banjir melakukan aktiviti mewarna yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Krai. FOTO Fathil Asri
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Kuala Krai meningkat kepada 54 orang sehingga 6 petang tadi berbanding 47 orang pagi tadi.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, penambahan jumlah itu berikutan sebuah keluarga membabitkan tujuh orang di Kampung Mesek, Manek Urai Kuala Krai berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara di Madrasah Mesek.

Jumlah itu membabitkan dua dewasa dan lima kanak-kanak.

Semalam, pusat pemindahan di Dewan Pejabat Veterinar di Guchil, Kuala Krai dibuka untuk menempatkan 47 mangsa banjir (14 keluarga) dari Kampung Guchil 7 dan Kampung Guchil Luar dan jumlah berkenaan masih kekal sehingga jam 6 petang tadi.

Sementara itu, paras sungai di dua lokasi masih berada pada tahap amaran iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (23.3 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (15.09 meter).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 7:48 PM