RAMPASAN mercun yang ditemui. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
RAMPASAN mercun yang ditemui. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 210 kotak pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM168,000 di Guchil, Kuala Krai, semalam.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mercun itu ditemui dalam lori lapan tan yang sedang berhenti mengisi minyak di stesen minyak.

Suspek yang juga pemandu lori itu bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan, Datuk Abdullah Zawawi Abd Latif berkata, bekalan berkenaan dipercayai dihantar ke Lembah Klang, Kuala Lumpur untuk sambutan Tahun Baru Cina.

"Kita dipercayai mercun itu diperolehi dari negara jiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:09 PM