MAJHI memikul mayat isterinya dan ditemani anak perempuannya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. - Agensi
MAJHI memikul mayat isterinya dan ditemani anak perempuannya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. - Agensi
Agensi

Bhawanipatna, India: Seorang lelaki miskin terpaksa memikul mayat isterinya sejauh 12 kilometer untuk dibawa pulang ke kampung selepas sebuah hospital di sini enggan menyediakan perkhidmatan ambulans.

Dana Majhi berkata, isterinya, Amang, 42, meninggal dunia pada malam Rabu lalu di hospital daerah di Bhawanipatna di negeri Orissa akibat batuk kering.

Katanya, kampungnya terletak di Melghar kira-kira 60 kilometer dari Bhawanipatna dan akibat kemiskinan dia tidak mempunyai kenderaan serta tidak mampu menyewa kereta.

Selepas isterinya meninggal dunia, Majhi memberitahu, pihak hospital sering memintanya segera memindahkan mayat wanita itu keluar dari hospital.

“Saya beberapa kali merayu kepada petugas hospital supaya menyediakan kenderaan untuk membawa mayat isteri saya pulang ke kampung tetapi tidak dilayan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:40 AM