GAMBAR menunjukkan Dhibar mendukung mayat anaknya untuk dibawa pulang ke kampung di daerah Angul di negeri Odisha, India. - Agensi
GAMBAR menunjukkan Dhibar mendukung mayat anaknya untuk dibawa pulang ke kampung di daerah Angul di negeri Odisha, India. - Agensi
Agensi

Bhubaneswar, India: Seorang bapa terpaksa mendukung mayat anak perempuannya sejauh 15 kilometer untuk dibawa pulang ke kampung selepas dia tidak mampu membayar sewa ambulans.

Satu rakaman video yang tersebar di India kelmarin menunjukkan seorang lelaki, Gati Dhibar berjalan kaki sambil mendukung mayat anaknya di sebatang jalan di daerah Angul di negeri Odisha.

Akhbar India Today melaporkan, anak perempuan Dhibar, Sumi yang berusia lima tahun dimasukkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Pallahara kerana demam panas.

Sehari selepas dirawat, doktor mengesahkan Sumi meninggal dunia.

Dhibar diminta membawa mayat anaknya pulang dan kerana lelaki itu tidak mampu, pihak hospital enggan menyediakan keranda dan juga ambulans.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:28 AM