TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Taman Sri Lambak, Kluang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Taman Sri Lambak, Kluang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Hanafis Abdul Haris


Kluang: UMNO Johor harus bangkit, tebus dan merampas kembali 18 kerusi yang kini ditangan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu bagaimanapun tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan yang terdiri daripada sayap di bawah UMNO dan BN.

Beliau berkata, mengikut profil di Johor ini, beliau bimbang apabila kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional banyak dibolosi pihak pembangkang.

"UMNO Johor harus bangkit tebus kembali kerusi yang kalah untuk kemenangan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).

“€œDisebabkan itu kita harus bersatu kerana perpecahan tidak akan membawa kepada kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di Rumah Komuniti UMNO Sembrong, hari ini.

Dalam majlis berkenaan Zahid turut merasmikan Rumah Komuniti UMNO Sembrong yang mula beroperasi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 1:29 PM