MUHAMAD Irham membantu ibunya menjual pulut panggang di Stesen LRT Setiawangsa. Gambar kanan, Muhamad Irham membungkus kuih dibeli pelanggan.
MUHAMAD Irham membantu ibunya menjual pulut panggang di Stesen LRT Setiawangsa. Gambar kanan, Muhamad Irham membungkus kuih dibeli pelanggan.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kuala Lumpur: Usianya baru 10 tahun tetapi sudah mengenal erti kepayahan hidup apabila sanggup menemani ibunya menjual kuih pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, di sini, bagi menyara keluarga.

Kelibat kanak-kanak itu bersama ibunya, Rita Asri, 38, boleh dilihat di stesen berkenaan dengan membawa dua bakul berisi kuih kira-kira jam 6 petang setiap hari.

Mereka menaiki pengangkutan awam itu dari bilik sewa di Keramat ke stesen berkenaan yang menjadi tempatnya mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Muhamad Irham Mohd Fadzil berkata, dia membantu menjual kuih berkenaan kerana kasihan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 8:23 AM