RENTETAN rakaman mangsa dipukul dengan kayu yang menjadi viral di laman sosial.
RENTETAN rakaman mangsa dipukul dengan kayu yang menjadi viral di laman sosial.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham akibat kemalangan kecil, seorang lelaki cedera teruk dibelasah menggunakan sebatang kayu besar oleh pemilik kenderaan yang dilanggarnya.

Rakaman video kejadian itu yang didakwa berlaku di Petaling Jaya, kelmarin, mula tersebar melalui laman sosial hingga menimbulkan rasa simpati orang ramai.

Melalui rakaman itu, mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an cuba memohon maaf kepada seorang lelaki berusia 30-an sejurus kereta dipandu melanggar kereta suspek.

Bagaimanapun suspek lelaki bertindak menendang perut mangsa hingga menyebabkan mangsa hampir terjatuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 8:26 AM