KEADAAN kereta yang musnah dijilat api. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
KEADAAN kereta yang musnah dijilat api. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Khairul Najib Asarulah Khan


Seremban: Tujuh sekeluarga sempat menyelamatkan diri apabila kereta Proton Waja dinaiki mereka terbakar di Jalan Sikamat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.05 malam itu, suami isteri bersama lima anak berusia enam hingga 15 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat dari Seremban, di sini.

Kebakaran dipercayai berlaku selepas kereta itu berhenti secara tiba-tiba dan pemandunya cuba menghidupkan semula enjin kereta sebelum terbakar.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N Sundram berkata, bomba menerima panggilan jam 8.18 malam dan mengerahkan satu jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran. Kereta terbabit musnah 100 peratus, namun semua mangsa selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sundram berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 11:53 AM