AYAM yang tidak diletakkan di dalam bekas khas.
AYAM yang tidak diletakkan di dalam bekas khas.
Ayusliza Azizan


Shah Alam: Jijik dan kotor. Begitu hasil pemeriksaan di tiga restoran di Seksyen 32, di sini, yang bukan saja menemui najis tikus dan bahan masakan dihinggap lipas, malah pekerja mengutip semula ayam goreng yang jatuh ke longkang untuk disajikan kepada pelanggan.

Semua premis itu diarah tutup dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membabitkan kakitangan daripada Jabatan Persekitaran, Pelesenan dan Pejabat Cawangan Kota Kemuning, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA Dr Roslan Fadzil berkata, tindakan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati premis berkenaan gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Keadaan tempat menyediakan makanan amat kotor kerana terdapat tikus, lipas dan bahan makanan yang tidak disimpan dengan baik.

“Selain itu, cara mereka meletakkan makanan di dalam peti ais tidak mengikut prosedur. Sebagai contoh, ayam yang sudah dimasak diletakkan di bawah manakala bahagian atas pula terdapat bahan makanan lain. Ia boleh mengakibatkan keracunan makanan,” katanya kepada media selepas operasi itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 11:08 AM