V Valluvan (dua kiri) menyampaikan sijil penubuhan pasukan kadet JPJ kepada pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Mohd Asri Abdul Ghani, (kanan). FOTO Nor Farhani Che Ad
V Valluvan (dua kiri) menyampaikan sijil penubuhan pasukan kadet JPJ kepada pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Mohd Asri Abdul Ghani, (kanan). FOTO Nor Farhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad


Sungai Petani: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi tumpuan menjalankan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sekolah dalam usaha kurangkan kadar kemalangan.

Pengarah Penguatkuasaan JPJ Malaysia Datuk V Valluvan Veloo berkata, kempen kesedaran itu dipergiatkan berikutan kajian mendapati 80 peratus daripada kira-kira 117,000 pelajar di negara ini yang membawa motosikal ke sekolah tidak memiliki lesen.

Menurutnya, angka ini sangat memeranjatkan dan pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk menangani perkara ini secara serius dengan mengambil tindakan segera melakukan program kesedaran di sekolah.

“Kempen ini difokuskan di peringkat sekolah menengah kerana di peringkat ini apabila mencapai umur 16 tahun pelajar sudah layak untuk mendapat lesen menunggang motosikal," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kadet JPJ Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Mohamed Rafed Ismail dan Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 3:25 PM