ANTARA kenderaan curi yang ditemui semula polis dalam Op Pintu. FOTO ihsan PDRM
ANTARA kenderaan curi yang ditemui semula polis dalam Op Pintu. FOTO ihsan PDRM
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Polis menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan dalam negara dengan tertangkapnya empat lelaki dan seorang wanita dalam Op Pintu dilakukan pada 25 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Norazman Mohamad Yusof berkata, semua suspek berusia 25 hingga 40 tahun dicekup di sebuah hotel di daerah ini.

Katanya, polis menemui semula empat kenderaan dilaporkan hilang, masing-masing di Seremban serta Jempol.

"Kenderaan bernilai RM400,000 itu adalah Toyota Camry, Honda Civic dan Nissan Sentra yang hilang di Skudai, Kluang dan Kulai, Johor.

"Sebuah lagi adalah Honda Civic di Sri Damansara, Selangor," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau berkata, suspek direman mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk kediaman dan curi kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 4:39 PM