MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman. FOTO Aswadi Alias
MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman. FOTO Aswadi Alias
Helmy Abd Rahman Abdul Hamid


Kuala Terengganu: Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman tidak bercadang mengenakan tindakan disiplin terhadap ADUN Ajil Ghazali Taib yang meminta pimpinan tertinggi UMNO mengambil tindakan segera menyelesaikan kemelut pentadbiran parti di Terengganu yang didakwanya gagal berfungsi sehingga memberi kesan kepada rakyat.

Bagaimanapun, Ahmad Razif berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara itu adalah berdasarkan persetujuan secara kolektif.

"Saya rasa tak ada apa-apa dan perlu menghormati pandangan peribadi beliau (Ghazali).

"Bagi saya tidak ada isu. Kalau ada masalah, saya serah kepada pihak lain. Setiap keputusan adalah secara bersama," katanya hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan mengenai Ghazali yang percaya pemimpin tertinggi UMNO sedar kepincangan pentadbiran di negeri ini, tetapi mengambil langkah berjaga-jaga demi kepentingan semua pihak terutama parti dan rakyat negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 4:13 PM