RUSLAN melambai kepada guru dan murid ketika meninggalkan perkarangan sekolah selepas majlis persaraannya. FOTO Hamzah Osman
RUSLAN melambai kepada guru dan murid ketika meninggalkan perkarangan sekolah selepas majlis persaraannya. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kelibang, di sini, diarak menaiki kereta Volkswagen EOS ke pintu pagar sekolah menuju ke kediamannya sebagai simbolik sempena persaraannya, hari ini.

Pada majlis 12 tengah hari, Ruslan Ali, 60, kelihatan sayu ketika melambaikan tangan kepada 650 guru dan murid yang berdiri di sepanjang laluan di sekolah itu.

Ruslan yang berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang perguruan berkata, beliau terharu dengan sambutan yang diberikan.

"Sudah tentu saya tidak menyangka kejutan ini pada hari terakhir perkhidmatan saya sebagai seorang pendidik.

"Saya begitu terharu dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh meraikan persaraan saya dengan mengatur pelbagai acara yang pasti meninggalkan kenangan manis sepanjang hayat," katanya.

Terdahulu, majlis persaraan itu turut diserikan dengan bacaan Yasin dan persembahan murid.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 5:52 PM