MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. FOTO Mohd Azren Jamaludin
MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan kemudahan teksi air dari Kong Kong, Pasir Gudang ke Changi, Singapura dalam usaha mengatasi kesesakan di Tambak Johor pada masa depan

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perjalanan teksi air dari Kong Kong ke negara jiran itu mengambil masa kira-kira 20 minit.

Beliau berkata, teksi air terbabit bukan saja untuk membawa penumpang malah kereta.

"Kerajaan negeri bercadang untuk membina terminal feri di Kong Kong.

"Namun perkara berkenaan akan dibentangkan kepada kerajaan pusat dan sekiranya berjaya, kemudahan berkenaan mungkin beroperasi mulai tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Majlis Perjumpaan Aidilfitri anjuran Pengurusan Teksi Johor Bahru-Singapura di Hotel Tropical Inn, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 3:16 PM