BANYAK faktor mempengaruhi tekanan dalam kalangan pelajar, antaranya perubahan sosial dan persekitaran. - Gambar hiasan
BANYAK faktor mempengaruhi tekanan dalam kalangan pelajar, antaranya perubahan sosial dan persekitaran. - Gambar hiasan

Antara isu yang menjadi perbincangan hangat dalam dunia pendidikan ialah bagaimana mahu menangani tekanan dalam kalangan pelajar.

Ia menjadi isu global hingga memaksa pelbagai pihak mencari mekanisme terbaik bagi menanganinya.

“Jika tidak dapat mencari mekanisme itu, kesannya sangat bahaya kepada pelajar. Guru, sekolah, ibu bapa dan masyarakat akan terkena kesannya,” kata sumber daripada ERIC Clearinghouse on Higher Education Washington, Amerika Syarikat.

Satu model yang diperkenalkan bagi memahami tekanan dalam kalangan pelajar ialah memberi penekanan terhadap persekitaran.

Sesetengah pihak berpendapat, tekanan positif untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar.

Bagaimanapun, segelintir pihak mengkritik modul berkenaan yang disifatkan memberi kesan lebih buruk kepada pelajar.

“Pelajar yang tidak mampu menerima tekanan akan menjadi lebih tidak berkeupayaan, hilang motivasi diri dan sebagainya.

“Tekanan akan menjadikan proses pembelajaran lebih ketinggalan, sekali gus berbahaya terhadap pencapaian pelajar,” katanya.

Tekanan dalam kalangan pelajar banyak berlaku di peringkat kolej kerana beberapa faktor. Antaranya tinggal jauh dari rumah, perbezaan sosial dan takutkan kegagalan.

Walaupun ada pihak berpendapat ia normal, ada berpendapat sebaliknya dan menyarankan masalah ini diberi penyelesaian awal bagi membendungnya.

Antara saranan utama yang diberikan ialah menyediakan komunikasi positif dua hala di dalam kelas yang dilihat berkesan untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar lebih memahami antara satu sama lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 12:18 PM