ANTARA wanita yang ditahan. FOTO ihsan Polis
ANTARA wanita yang ditahan. FOTO ihsan Polis
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Polis menahan 147 individu termasuk wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan menerusi enam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan dilakukan membabitkan dua premis di Bandar Manjalara dan Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Manakala selebihnya di Petaling Jaya, Bandar Puteri Puchong, Dataran Sunway dan Taman Perindustrian Pertama, Sekinchan di Selangor.

"Menerusi operasi yang dilakukan selama dua jam bermula 11.30 malam itu, 22 individu termasuk dua wanita ditahan dipercayai pekerja premis.

"Manakala 125 wanita warga asing dari negara Vietnam, Thailand, China dan Indonesia dipercayai GRO ditahan.

"Polis juga berjaya menyelamat seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia tujuh tahun mengikut akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) selepas dipercayai turut dijadikan GRO," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM 6,035, peralatan hiburan dan karaoke serrta dokumen perniagaan semua premis terbabit.

"Semua hasil rampasan dan tangkapan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Petaling Jaya dan Serdang untutk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 12:07 PM